(Video) Corning Mempertontonkan Masa Hadapan Dengan Teknologi Skrin

(Video) Corning Mempertontonkan Masa Hadapan Dengan Teknologi Skrin

Diterbitkan pada Feb 6, 2012 oleh .

Skrin sentuh telah menjadi salah satu perkara utama dalam dunia teknologi pada hari ini, dan lebih banyak lagi inovasi bakal dibawakan oleh teknologi melalui skrin dalam bulan-bulan mahupun tahun-tahun akan datang. Selepas Samsung mempertontonkan skrin sentuh lutsinar dan juga skrin boleh dibengkokkan, kini Corning melalui video terbaru mereka, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh skrin pada masa hadapan.

Melalui video daripada Corning itu, pelbagai perkara dipertontonkan, dan apakah yang akan datang pada masa depan. Ianya dimulakan dengan sokongan paparan 3D, sehinggalah sokongan skrin pada pelbagai lokasi, termasuk integrasi pada kereta dan pelbagai lokasi lain.

Jadi, adakah ianya akan mengambil masa yang lama lagi sebelum ianya hadir benar-benar, ataupun ia akan muncul dalam masa hanya satu dua tahun lagi?


TIPS & ULASAN