Hari demi hari, pembangun aplikasi Android tempatan semakin meningkat. Apata lagi dengan Google sendiri menyediakan pelbagai medium untuk pembelajaran berkaitan dengan aplikasi Android. Dan kini, sebuah acara bakal diadakan khas untuk pembangun Android tempatan pada 17 Februari sehingga 19 Februari kelak di Kuala Lumpur.
Melalui acara Global Android DevCamp 2012, ia bakal menganjurkan aktiviti berupa hackaton selama 48 jam, dimana selain daripada mempelajari berkaitan dengan pembangunan aplikasi daripada pakar, anda juga berpeluang untuk membangunkan aplikasi Android tersendiri bersama-sama dengan pembangun lain dalam masa kurang 48 jam.
Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendaftarkan diri untuk aktiviti percuma ini, ataupun menghantarkan idea menarik anda kepada komuniti, dan mungkin ianya akan direalisasikan oleh pembangun pada acara tersebut.