Carian
Windows 8 Bakal Memberikan Lebih Kawalan Kepada Skrin Kunci Utama
February 6, 2012 Aman

Dengan pelancaran Windows 8 Consumer Preview yang semakin hampir, disasarkan pada bulan Februari ini, sedikit demi sedikit info dan juga paparan skrin untuknya mula kelihatan, sekaligus memberikan idea apakah yang bakal dibawakan olehnya. Selain daripada mengetahui ia tidak akan menyertakan butang Start secara asas pada desktop Windows 8, beberapa info lain juga mula kelihatan pada hari ini.

Salah satunya adalah bar navigasi pada sebelah kanan sistem kini menyertakan pilihan latar lutsinar, berbeza dengan sebelum ini, yang membawakan warna hitam padanya.

Selain daripada itu, Windows 8 Consumer Preview juga dilihat membawakan sokongan untuk melihat aplikasi terus daripada skrin kunci utama, membolehkan anda melihat sebarang notifikasi untuk aplikasi penting, tanpa perlu log masuk ke komputer anda.

Windows 8 Consumer Preview yang bakal dilancarkan pada bulan ini juga dijangka akan membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru yang lain, dan bakal memperlihatkan secara kasar apakah yang bakal dibawakan pada versi akhir Windows 8 kelak.

Komen