Cari @ Amanz

Google X telah diperkatakan sebelum ini, sebagai salah satu bahagian dibawah Google yang mana membangunkan sebuah projek khas. Sehingga kini, tiada sebarang informasi berkaitan dengannya yang diketahui, namun kini beberapa perkara berkenaan dengannya diketahui, dimana laman khas dan juga video mengenainya sudah mula kelihatan pada web dan YouTube.

Melalui laman Solve For X, ia seperti berfungsi untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan teknologi yang membolehkan dan menyelesaikan pelbagai masalah global. Buat masa ini, laman tersebut seperti hanya dibuka kepada sebahagian daripada hadirin untuk acara tersebut sahaja, dan melalui laman rasmi, mereka mengatakan akan berkongsi beberapa perkara yang dibincangkan dan ditemui daripada Solve For X ini kepada umum tidak lama lagi.

Melalui beberapa paparan yang dikhaskan untuk hadirin yang diperlihatkan, antara teknologi yang difokuskan, termasuklah untuk memudahkan pembelajaran, sistem pintar, sains kolaborasi dan pelbagai perkara lagi. Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan dengan Solve For X ini tidak lama lagi, dengan video-video dan data daripada persidangan tersebut dikongsi bersama yang lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd