Peranti Windows Phone Pelbagai Saiz Bakal Diperkenalkan Pada Masa Hadapan

Peranti Windows Phone Pelbagai Saiz Bakal Diperkenalkan Pada Masa Hadapan

Diterbitkan pada Feb 6, 2012 oleh .

Windows Phone merupakan salah satu fokus utama Nokia pada masa kini, dengan peranti keluarga Nokia Lumia yang bakal dilancarkan pada minggu ini di Malaysia. Selain daripada Nokia Lumia, melalui laporan terkini, ia juga kelihatan Microsoft (dan Nokia) merancang lebih banyak bentuk dan saiz peranti menggunakan Windows Phone dalam masa akan datang.

Melalui apa yang dipaparkan, ia kelihatan peranti Windows Phone (dari Nokia?) bakal didatangkan dalam pelbagai saiz, dan menariknya ia juga kelihatan mereka turut mungkin akan mengeluarkan peranti bersaiz kecil, sebesar iPod Nano, sehinggalah kepada sebesar tablet. Pada masa yang sama, ia juga kelihatan, peranti Windows Phone dengan papan kekunci QWERTY seumpama BlackBerry turut akan dihasilkan pada masa akan datang.

Memandangkan Windows Phone 8 kelak diperkatakan akan membawakan sokongan integrasi Windows 8, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk perkara ini direalisasikan.

Walaupun Nokia mahupun pengeluar Windows Phone lain tidak menyatakan secara sah mereka akan mengeluarkan setiap saiz peranti tersebut, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil, dan semestinya sekiranya Nokia mendapat pulangan dan pengguna yang tinggi untuk keluarga Nokia Lumia, mungkin lebih banyak jenis peranti akan dikeluarkan oleh mereka.


TIPS & ULASAN