Dari segi dunia pelayar web, dua gergasi yang bersaing rapat adalah Google Chrome dan juga Mozilla Firefox. Dengan Firefox yang kini telah pun membangunkan pelayar web sehingga ke versi 12, Google pula, melalui Chromium kini telah pun memulakan pembangunan Chromium 19, yang mana sedia diuji oleh pengguna seluruh dunia sekarang.
Walaubagaimanapun, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal, tiada sebarang perubahan drastik yang diketahui, malah pihak pembangun sendiri masih belum mengeluarkan nota pembangunan pelayar web tersebut.
Salah satu perkara yang tampak adalah dimana ianya menyertakan halaman tetapan yang direkabentuk semula, yang mana dapat dilihat pada Chrome versi pembangunan dan juga Canary baru-baru ini. Selain daripada itu, tiada sebarang perkara yang diketahui buat masa ini.
Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menguji dan menggunakan Chromium 19 versi pembangunan, mungkin anda boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi mereka, dan mula menguji pelayar web generasi akan datang daripada Google itu.