Gambar Rasmi Kamera Nikon D800 Mula Kelihatan

Gambar Rasmi Kamera Nikon D800 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Feb 7, 2012 oleh .

Ura-ura dan berita berkaitan dengan Nikon D800 telah pun kedengaran sejak sebelum ini, dan hari ini gambar rasmi untuk kamera 36-megapixel ini mula kelihatan, dengan pengumuman rasminya bakal diumumkan pada hari ini. Dengan lensa 36.3-megapixel, kemaskini kepada Nikon D700 yang dikeluarkan pada tahun 2010 yang lepas ini membolehkan para pengguna merakamkan gambar dengan resolusi 7360×4912 dan juga video HD penuh.

Pada masa yang sama, D800 juga turut sama membawakan skrin LCD 3.2-inci dengan sokongan HDMI, Auto HDR, dan turut didatangkan dengan sokongan USB 3.0 yang semakin digunakan secara meluas untuk penghantaran data lebih pantas.

Harga jualan di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan dianggarkan sekitar RM25,000 RM10,000.


TIPS & ULASAN