10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 3 Februari

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 3 Februari

Diterbitkan pada Feb 7, 2012 oleh .

Berbeza dengan minggu-minggu lepas, sepanjang 27 Januari sehingga 3 Februari yang lepas, pelbagai perkara dicari oleh para pengguna tempatan, dari segi agama, isu semasa, sehinggalah kepada hiburan dan sebagainya. Dan khas untuk para pembaca Amanz, pada minggu ini, kami turut sama menyediakan sebuah pertandingan ringkas untuk anda.

Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang 27 Januari – 3 Februari

Berikut merupakan senarai kata kunci yang popular dan mendapat carian terhangat di Google Malaysia sepanjang tempoh tersebut:

  1. Kamal Ashnawi
  2. AJL26
  3. Liam Neeson
  4. Sara 1Malaysia
  5. Maulidur Rasul
  6. Maria Sharapova
  7. Vanila Coklat
  8. VGMC
  9. Dream High 2
  10. Ustaz Don

Peraduan Teka Carian Google Terhangat

Caranya mudah sekali. Hanya teka apa kata kunci carian terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu ini (3 Feb – 9 Feb). Lihat disekitar dunia internet Malaysia, apakah perkara yang menjadi trend dan apakah perkara yang mahu diketahui oleh pengguna. Seterusnya, nyatakan apa kata kunci tersebut diruangan komen dibawah ini. 2 pemenang akan dipilih berdasarkan YANG TERAWAL MENYATAKAN KATA KUNCI YANG TEPAT.

Terma dan syarat

  1. Pertandingan bulanan ini terbuka kepada semua pengguna internet di Malaysia kecuali pihak editorial Amanz dan keluarga terdekat mereka terutamanya Aman Firdaus.
  2. Pemenang dipilih berkonsepkan Siapa Cepat dan Tepat, Dia Dapat! 2 peserta terawal yang menjawab kata kunci dengan tepat akan memenangi peraduan ini.
  3. Peserta boleh menyenaraikan seberapa banyak kata kunci.
  4. Peserta perlu memberikan jawapan didalam ruang komentar berita ini. Jawapan yang dihantar melalui medium lain seperti di Twitter, Youtube, Facebook tidak akan diterima.
  5. Jawapan perlu disertakan dengan Nama dan Email yang sah. (pada kotak komen)
  6. Jawapan perlu dipos dalam komen box sebelum 10 Feb 2012, Pukul 1159 malam.
  7. 2 pemenang akan dihubungi oleh pihak Amanz dan nama pemenang tersebut akan diumumkan semasa Google Zeitgeist minggu berikutnya.
  8. Hadiah adalah tertakluk kepada pihak Google Malaysia dan berlainan setiap bulan.

TIPS & ULASAN