Cari @ Amanz

Teknologi, semakin hari semakin menjadi amat menarik, dan pada masa yang sama amat menakutkan. Google sebelum ini, telah dilaporkan sedang membangunkan kaca paparan pada bahagian kepala (heads-up display), yang mana secara ringkasnya, seperti kaca mata, tetapi diintegrasikan dengan pelbagai teknologi dan peranti bersama-sama kedalamnya.


Gambar Hiasan : Oakley Thump

Hari ini, perkara ini kedengaran kembali mengatakan yang mana peranti ini bakal membawakan cip pemprosesan dan ruangan storan teribna sendiri, yang mana melaluinya, ia akan menyokong input dan output suara, serta didatangkan bersama-ama kamera khas pada bahagaian hadapan.

Ia juga diperkatakan yang mana peranti ini turut akan didatangkan dengan sokongan untuk navigasi, dan mungkin juga kita akan dapat melihat ia turut didatangkan dengan sokongan teknologi augmented reality padanya.

Ujian dalaman untuk peranti ini dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat, dan masih mempunyai pelbagai fasa lain sebelum ianya dilancarkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd