Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Apple telah mengeluarkan kemaskini sekuriti melalui OS X Lion 10.7.3, yang mana membawakan beberapa kemaskini bersama-sma dengannya, termasuk salah satunya adalah berkaitan dengan isu DigiCert Malaysia, yang mana mendapat perhatian ramai sejak bulan November yang lepas.

Melalui kemaskini terbaru ini, ia melabelkan sijil keselamatan daripada DigiCert Malaysia seperti tidak dipercayai, dan mungkin pihak pengguna yang ingin melayari laman-laman yang menggunakan sijil keselamatan daripada DigiCert Malaysia, perlu mengambil risiko sendiri.

Selain daripada berkaitan dengan DigiCert Malaysia, beberapa kemaskini sekuriti lain turut disertakan bersama-sama dengan OS X Lion 10.7.3, yang mana para pengguna boleh rujuknya melalui halaman khas yang disediakan oleh pihak Apple sendiri.

Tips awal daripada Johan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd