Google Menguji Paparan Gambar Berkaitan Pada Hasil Carian Imej

Google Menguji Paparan Gambar Berkaitan Pada Hasil Carian Imej

Diterbitkan pada Feb 7, 2012 oleh .

Enjin carian terkemuka dunia, Google sering bereksperimen dengan pelbagai perkara baru pada laman carian mereka, sebelum ianya diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia. Terkini, selain daripada carian sosial yang sedang dalam proses diperkenalkan secara berperingkat, mereka juga turut sama bereksperimen dengan paparan carian imej berkaitan yang serba baru.

Jikalau sebelum ini, apabila melakukan carian berkaitan dengan imej, hanya kata kunci berkaitan sahaja yang diperlihatkan, kini Google dilihat menguji turut memaparkan imej-imej untuk setiap kata kunci tersebut, apabila tetikus diletakkan diatasnya.

Melalui paparan untuk imej kata kunci berkaitan, sebanyak tiga gambar kecil dipaparkan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui samada adakah ianya akan diperkenalkan kepada semua ataupun sekadar ujian sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN