Carian
AppWorld Kini Mempunyai Lebih 60,000 Aplikasi – BlackBerry Mengumumkan Sokongan Qt
February 7, 2012 Aman

Telefon pintar BlackBerry merupakan salah satu keluarga telefon pintar yang masih popular di rantau Asia Tenggara, dan seperti semua sedia maklum, Research In Motion kini sedang memfokuskan kepada pembangunan BlackBerry 10, yang mana akan menentukan masa hadapan keluarga peranti tersebut.


Kamera : @jansedude

Hari ini, pada acara DevCon Eropah, Research In Motion secara rasminya mengumumkan sokongan kepada framework popular yang digunakan oleh Nokia, iaitu Qt, dimana melalui BlackBerry 10, ia akan membawakan sokongan kepada Qt.

Pada masa yang sama, pihak Research In Motion turut berkongsi beberapa perkara, termasuk mengatakan kini terdapat lebih daripada 60,000 aplikasi di AppWorld, yang boleh dimuat-turun oleh para pengguna BlackBerry. Dari segi angka muat-turun pula, ia dilihat pengguna PlayBook lebih aktif memuat-turun sebanyak hampir 3 kali ganda berbanding pengguna telefon pintar BlackBerry.

Dari segi kemaskini pula, pengguna PlayBook dijangka akan menerima kemaskini kepada sistem operasi mereka, PlayBook 2.0 pada bulan ini, yang mana menjanjikan akan membawakan sokongan mudah-alih terbaik untuk HTML5 berbanding sebarang platform yang lain.

Komen