Cari @ Amanz

Nokia Malaysia telah pun mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan melancarkan Nokia Lumia 800 dan Lumia 710 di Malaysia secara rasminya pada Jumaat ini, 10 Februari. Sehingga kini, syarikat telekomunikasi masih belum mengeluarkan sebarang promosi untuknya, selain daripada DiGi yang mengeluarkan kemaskini melalui halaman Facebook mereka, memperlihatkan peranti tersebut bakal ditawarkan oleh mereka tidak lama lagi. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah mereka akan mula menjualnya, memandangkan sebelum ini, ketika pelancaran iPhone, DiGi turut sama menghantar iPhone pada tarikh sama ianya dilancarkan. Sehingga sekarang, tiada sebarang pakej dan pelan yang diumumkan oleh pihak DiGi, dan juga halaman DiGi Shop juga masih belum dikemaskini. Mungkin kita akan melihat promosi daripada pihak DiGi tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin mendapatkannya terus daripada pihak Nokia tanpa sebarang kontrak, anda boleh ke Nokia Store ataupun pada pelancarannya hari Jumaat ini di Pavillion. Harga ura-ura yang diperkatakan adalah RM999 untuk Nokia Lumia 710, dan RM1650 untuk Nokia Lumia 800. Perkara ini masih lagi tidak disahkan buat masa ini. Terima kasih Shah.

Oleh: Fairuz Bakar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd