Carian
Google Memperkenalkan Pelayar Web Chrome Beta Untuk Android
February 8, 2012 Aman

Setelah lama diura-ura akan mengenai Google Chrome untuk Android, akhirnya, hari ini, Google memperkenalkan pelayar web versi beta kepada para pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich terlebih dahulu, membawakan pelayar web yang amat diminati pada versi dekstop itu kepada peranti mudah-alih. Ia juga mungkin salah satu cara Google untuk memasuki arena pelayar web mudah-alih yang mana kini boleh dikatakan dipegang oleh Opera.

Melalui Chrome untuk Android, ia membawakan sokongan sync (sama seperti Firefox Mobile), dan memudahkan para pengguna beralih antara satu tab ke yang lain, serta turut menyertakan sokongan mengimport bookmark dan juga sokongan Incognito padanya. Melalui percubaan beberapa pengguna melaluinya, ramai mengatakan yang mana Chrome untuk Android lebih menarik berbanding dengan pelayar web terbina pada Android sendiri, walaupun kedua-duanya menggunakan kod sumber dan enjin JavaScript yang sama.

Jadi, sekiranya anda menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, anda boleh memuat-turun Chrome untuk Android terus melalui Android Market. Dan mungkin Chrome WebStore akan mula mendapat perhatian ramai, dengan lebih banyak aplikasi berbentuk HTML5 dibawakan oleh Google terus ke pelayar web Chrome versi mudah-alih.

Komen