Cari @ Amanz

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang membangunkan aplikasi iOS, dan salah satunya adlah Rojak Mobile Entertainment, yang sebelum ini memperkenalkan aplikasi bercorak permainan tradisional, Congkak Craze untuk platform iOS. Kini kelihatan, mereka juga turut sama dalam fasa terakhir memperkenalkan aplikasi terbaru mereka, dinamakan sebagai Ocupy.

Melalui Ocupy, salah satu masalah utama yang ingin diatasi oleh aplikasi tersebut, adalah untuk mendapatkan data dan statistik berkaitan kehadiran untuk sesuatu acara dimana jua ia diadakan. Sebagai contoh, mungkin ada yang ingin ketahui berapa ramai yang hadir ke sambutan Thaipusam di Batu Caves tempoh hari, mahupun berapa ramai yang hadir ke sebarang ceramah, dan sebagainya.

Perkara ini cuba dimudahkan dan diatasi oleh aplikasi Ocupy ini, sekaligus memberikan data dan statistik rujukan yang lebih tepat lagi. Namun, bagaimana ianya akan berfungsi sepenuhnya masih menjadi tanda tanya. Menurut pembangunnya, semua data akan dikumpulkan tanpa sebarang maklumat dan identiti peribadi, dan segalanya adalah percuma.

Tarikh pasti pelancarannya juga tidak diketahui buat masa ini. Salah satu aplikasi tempatan yang membawakan konsep lebih kurang sama adalah Evenesis. Namun, ia kelihatan ianya agak kurang sosial, dan ianya lebih memfokuskan kepada pengguna perniagaan, dan penganjur majlis sahaja, berbeza dengan aplikasi Ocupy yang lebih memfokuskan kepada pengguna awam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd