Sebelum ini, pada minggu lepas, ia telah mula kelihatan, dimana Facebook memulakan ujian paparan antaramuka yang serba baru untuk memperlihatkan gambar, mahupun album pada laman tersebut. Kini, hari demi hari, lebih ramai mula mendapat akses kepada fungsi tersebut, memberikan idea, mungkin ia akan diperkenalkan kepada semua dalam masa terdekat.
Ramai pengguna tempatan juga sudah mula mendapat akses kepada fungsi ini, dimana salah satu perkara yang mendapat perhatian adalah dimana ia turut sama memfokuskan kepada memperlihatkan pengiklanan melaluinya, sekaligus memaksimakan pendapatan untuk pihak Facebook.
Dengan lebih daripada 250 juta gambar yang dimuat-naik setiap hari, semestinya, ia bakal turut membawakan pendapatan yang menarik untuk pihak Facebook apabila iklan diperlihatkan pada setiap gambarnya.
Ia tidak diketahui lagi, bilakah semua pengguna akan mendapat akses kepadanya secara rasmi. Namun, apa yang pasti adalah dimana Facebook sedang memperkenalkan fungsi paparan baru ini secara berperingkat sepanjang minggu ini.