Peranti Nokia 801 Menggunakan Nokia Belle Dengan Rekabentuk Menyerupai N9 Kelihatan

Peranti Nokia 801 Menggunakan Nokia Belle Dengan Rekabentuk Menyerupai N9 Kelihatan

Diterbitkan pada Feb 8, 2012 oleh .

Abaikan ura-ura yang mengatakan tiada lagi peranti baru Symbian akan dikeluarkan sebelum ini, selain daripada kemaskini kepada N8. Kini, melalui berita terbaru, ia kelihatan Nokia bakal memperkenalkan peranti Nokia Belle yang serba baru, dinamakan sebagai Nokia 801. Menariknya adalah dimana ia membawakan rekabentuk menyerupai Nokia N9 dan juga Lumia 800 yang diminati ramai pengguna seluruh dunia.

Menurut laporan daripada SmartPhoneGeeks, ia diperkatakan peranti Nokia 801 ini akan membawakan skrin sentuh AMOLED ClearBlack bersaiz 4-inci, dengan cip pemprosesan 1.4GHz, 512MB RAM dan juga kamera 12-megapixel dengan sokongan rakaman video HD 1080p. Peranti ini juga bakal didatangkan bersama-sama sokongan NFC, yang menjadi salah satu fokus utama Nokia.

Dan bertambah menarik lagi, peranti tersebut juga kelihatan tidak membawakan sebarang butang fizikal pada bahagian hadapan, sebaliknya menggunakan butang atas skrin, lebih kurang sama seperti yang terdapat pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, perkara ini hanyalah ura-ura, dan masih tiada sebarang pengesaan daripada pihak Nokia, dan mungkin hanya menjadi salah satu ura-ura sahaja, tanpa direalisasikan, mahupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN