Cari @ Amanz

Mozilla sejak daripada tahun lepas, telah memfokuskan kepada pembangunan BrowserID, memudahkan para pengguna menguruskan nama pengguna dan kata laluan mereka, sekaligus memfokuskan kepada pendaftaran masuk ke perkhidmatan web menggunakan sebuah ID yang digunakan untuk log masuk berasaskan kepada pelayar web.

Perkara ini turut sama mengatasi keperluan kepada pendaftaran yang mengambil masa yang agak lama. Melalui sokongan BrowserID, Mozilla memfokuskan kepada penggunaan alamat emel itu sendiri sebagai sebuah ID, membolehkan ia digunakan untuk log masuk ke aplikasi web terus melalui pelayar web.

Untuk memberikan idea yang lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini, pihak Mozilla sendiri menyediakan sebuah demo ringkas, melalui EyeDee.ME, membolehkan para pengguna mendapatkan alamat emel tersendiri menggunakan alamat @eyedee.me yang turut didatangkan dengan sokongan BrowserID.

Namun, persoalannya kini, adalah berapa banyak aplikasi web yang akan mula mengintegrasikan sokongannya pada produk dan perkhidmatan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd