Cari @ Amanz

Lanjutan daripada berita sebelum ini, Samsung Malaysia kini sekali lagi melalui laman Facebook mereka, mengumumkan yang mana Galaxy Tab 7.7 yang dinantikan ramai akan memasuki pasaran tempatan bermula daripada minggu hadapan. Namun, tiada sebarang harga yang diumumkan oleh mereka buat masa ini.

Selain daripada Galaxy Tab 7.7 yang ditunggu ramai sejak daripada tahun lepas, Samsung juga turut sama menjawab persoalan berkaitan dengan Galaxy Tab 7.0 Plus berwarna putih. Samsung Malaysia mengatakan mereka mensasarkan untuk pelancaran peranti tersebut di Malaysia, sekitar penghujung Februari ataupun pada awal Mac kelak.

Jadi, adakah anda akan mendapatkannya ataupun bagaimana?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd