Carian
Temui Tempat Makan Berdekatan Anda Melalui Restoran Near Me
February 8, 2012 Aman

Makanan dan rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan, dimana dengan Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa, pelbagai jenis makanan dapat dinikmati, dimana sahaja anda berada. Dan untuk memudahkan para pengguna menemui restoran-restoran dan tempat makan menarik berdekatan anda, sebuah projek ringkas dilancarkan, dinamakan sebagai Restoran Near Me.

Ianya hanyalah sekadar sebuah projek ringkas daripada pembangunnya, yang mana mengabungkan pelbagai data daripada FourSquare, sekaligus memudahkan para pengguna membuat carian tempat makan berdekatan mereka dengan mudah.

Untuk menggunakannya, para pengguna hanya perlu memasukkan nama lokasi mereka, dan akan dipaparkan dengan nama-nama kedai makan berdekatan, dimana seterusnya, apabila memilih sesuatu tempat makan, para pengguna akan dibawa ke laman FourSquare, membolehkan mereka melihat ulasan-ulasan orang ramai di lokasi tersebut.

Komen