DiGi Menawarkan Nokia Lumia 800 Bermula RM1099

DiGi Menawarkan Nokia Lumia 800 Bermula RM1099

Diterbitkan pada Feb 8, 2012 oleh .

Akhirnya, DiGi telah pun mengeluarkan pakej mereka untuk peranti Nokia Lumia 800, membolehkan para pengguna membelinya secara atas talian pada harga RM1099, berbanding harga jualan rasminya di Malaysia pada harga RM1650. Walaubagaimanapun, seperti biasa, para pengguna tertakluk untuk menggunakan rangkaian DiGi bersama-sama dengannya.

Melalui pakej yang dibawakan oleh DiGi, mereka membawakan pilihan DG Smart Plan 48 dan juga DG Smart Plan 68, dengan variasi tempoh kontrak selama 24 bulan dan juga 12 bulan.

Melalui Nokia Lumia 800, ia membawakan skrin sentuh AMOLED ClearBlack seluas 3.7-inci, kamera 8-megapixel, cip pemprosesan 1.4Ghz Qualcomm, dan juga sokongan A-GPS Nokia Drive. Pada masa yang sama, ia dijana menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.5 Mango padanya.

Selain daripada DiGi, peranti tersebut juga bakal dijual Nokia Store seluruh negara bermula daripada hari Jumaat ini, pada harga RM1650.


TIPS & ULASAN