Comice OS 4 Dengan Antaramuka Menyerupai OS X Kini Sedia Dimuat-Turun

Comice OS 4 Dengan Antaramuka Menyerupai OS X Kini Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Feb 9, 2012 oleh .

Ingatkah lagi dengan Pear OS Linux sebelum ini, yang mana membawakan antaramuka menyerupai OS X daripada Apple? Kini, versi terbarunya telah pun diperkenalkan, dimana selain daripada beberapa perubahan padanya, ia turut sama membawakan penjenamaan semula. Kini, ia dikenali sebagai Comice OS 4, dan menggunakan antaramuka GNOME 3 untuk sistem operasinya.

Selain daripada pelbagai aplikasi asas seperti mana terdapat pada sistem operasi Linux yang lain, ia menyertakan Comice Shell yang membawakan rekabentuk antaramuka menyerupai sistem operasi OS X, serta pada masa yang sama, turut membawakan Pear AppStore untuk memudahkan para pengguna memuat-turun aplikasi untuk sistem operasi mereka.

Comice OS juga turut dijana menggunakan kernel 3.2, dan menyokong sokongan grafik nVidia, ATI dan sebagainya. Buat masa ini, Comice OS 4 hanya didatangkan dalam bentuk 64-bit sahaja, dimana mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma, dan menggunakannya pada komputer mereka hari ini.


TIPS & ULASAN