Windows 8 Consumer Preview Bakal Dilancarkan Pada 29 Februari

Windows 8 Consumer Preview Bakal Dilancarkan Pada 29 Februari

Diterbitkan pada Feb 9, 2012 oleh .

Windows 8 Beta merupakan salah satu perkara yang dinantikan selain daripada kemaskini Nokia Belle pada bulan Februari ini. Kini, ia diperkatakan yang mana Windows 8 Beta, ataupun yang mana akan dikenali sebagai Windows 8 Consumer Preview bakal dilancarkan kepada umum pada 29 Februari ini, pada acara Mobile World Congress.

Windows 8

Memandangkan ianya adalah acara untuk peranti mudah-alih, maka mungkin kita akan dapat melihat beberapa pengumuman berkaitan dengan tablet, mahupun sokongan ARM, selain integrasi bersama Windows Phone pada acara tersebut.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan pelancaran Windows 8 kepada umum. Namun, jikalau dilihat dengan sebelum ini, biasanya ia akan didahului dengan versi RC (Release Candidate) sebelum Windows 8 versi akhir mula berada di pasaran.

Sebelum ini, Windows 8 Developer Preview telah dilepaskan kepada umum pada September tahun lepas, membawakan beberapa fungsi asas, dengan kebanyakkannya masih belum diperkenalkan kepada semua. Melalui versi beta ini, beberapa fungsi yang dinantikan termasuk sokongan Windows Store, kebolehan untuk mengubah-suai warna latar dan menjadikan paparan lebih peribadi, serta beberapa perubahan lain pada antaramuka dan sebagainya.

Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Microsoft pada 29 Februari kelak – salah satu tarikh yang hanya muncul empat tahun sekali.


TIPS & ULASAN