Photoshop CS6 Bakal Membawakan Sokongan Membuat Garisan Putus-Putus Dengan Satu Klik

Photoshop CS6 Bakal Membawakan Sokongan Membuat Garisan Putus-Putus Dengan Satu Klik

Diterbitkan pada Feb 9, 2012 oleh .

Pihak Adobe, hari ini telah pun memuat-naik video ketiga mereka, memberikan idea berkenaan apakah lagi fungsi-fungsi baru yang bakal dibawakan ole mereka melalui Photoshop CS6 tidak lama lagi. Melalui video terbaru Adobe pada YouTube, ia memfokuskan kepada fungsi baru pada Photoshop CS6 yang membolehkan para pengguna mengubah garisan kepada bentuk putus-putus dengan mudah.

Fungsi ini lebih kepada fungsi pengvektoran yang dikatakan menjadi salah satu fungsi utama yang diminta oleh para pengguna pada Photoshop, dan melalui versi CS6, akhirnya ia dibawa terus kepada pengguna.

Sebelum ini, melalui dua video terawal yang dikeluarkan oleh Adobe, ia memperlihatkan Photoshop membawakan warna latar aplikasi yang gelap, serta membawakan sokongan simpanan secara automatik ketika anda sedang melakukan kerja anda menggunakan Photoshop. Buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN