Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan pelayar web versi mudah-alih pada awal minggu ini, hari ini, Google turut sama telah memperkenalkan kemaskini kepada pelayar web versi desktop mereka, dengan mengeluarkan kemaskini Chrome 17 kepada saluran stabil untuk pengguna seluruh dunia, setelah mengujinya dalam bentuk beta sejak bulan lepas.

Melalui Chrome 17, ia membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk omnibox yang menyokong untuk membuka halaman web ketika anda sedang menaip laman web. Untuk pengetahuan, Omnibox adalah bar alamat pada Chrome, yang membawakan sokongan menaip URL penuh secara automatik, selain turut membolehkan anda melakukan carian padanya.

Dari segi keselamatan pula, Chrome 17 turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan sekuriti baru, membolehkan fail-fail yang dimuat-turun oleh para pengguna diimbas terlebih dahulu, terutamanya fail-fail berformat .exe untuk Windows.

Bagi para pengguna Windows, Mac mahupun Linux, anda boleh mengemaskini pelayar web anda secara automatik bermula daripada hari ini, manakala pengguna baru boleh memuat-turun pelayar web Google Chrome terus daripada laman rasmi Chrome hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd