Google Drive Semakin Menghampiri Pelancarannya?

Google Drive Semakin Menghampiri Pelancarannya?

Diterbitkan pada Feb 9, 2012 oleh .

Ura-ura berkenaan dengan Google Drive sudah pun kedengaran untuk beberapa tahun, dimana masih lagi tidak diketahui sehingga kini, dan terkini, Wall Street Journal melaporkan yang mana Google bakal melancarkan perkhidmatan awan mereka tersendiri, iaitu Google Drive yang bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, sekaligus membolehkan ianya bersaing dengan perkhidmatan storan atas talian yang lain di pasaran.

Ia dilaporkan yang mana perkhidmatan tersebut kelak akan beroperasi seumpama sama dengan Dropbox, membolehkan para pengguna memuat-naik dan mengakses data daripada pelbagai jenis platform dan peranti. Ia juga akan memudahkan para pengguna menyimpan fail-fail seperti gambar, dokumen, video dan sebagainya.

Sama seperti perkhidmatan Google yang lain, ia turut sama akan ditawarkan secara percuma, dan bagi mereka yang inginkan ruangan storan lebih, boleh membeli pakej berbayar yang akan didatangkan bersamanya. Memandangkan Google sedia mempunyai infrastruktur mereka di seluruh dunia, maka perkhidmatan daripada Google ini mungkin lebih murah berbanding yang lain.

Jadi, sekiranya Google melancarkan Google Drive, adakah para pengguna Dropbox, Skydrive mahupun iCloud, beralih kepada apa yang ditawarkan Google?


TIPS & ULASAN