Cari @ Amanz

Norton Safety Minder Diperkenalkan Pada Android – Membolehkan Aktiviti Anak-Anak Dikawal

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini, hampir semua pelajar sekolah menggunakan telefon bimbit, dan apa yang lebih penting, ada yang sudah menggunakan telefon pintar pada penggunaan harian mereka dan agak sukar untuk dikawal. Namun, kini, ibu bapa bagi mereka dapat mengatasi perkara itu serba sebanyak melalui aplikasi khas untuk Android daripada Norton, dinamakan sebagai Norton Safety Minder.

Melalui aplikasi Norton : Safety Minder, ia menggunakan kelebihan daripada Norton Online Family, sekaligus melindungi anak-anak mahupun ahli keluarga anda yang lain daripada terdedah daripada pelbagai perkara yang tidak sihat. Melaluinya ia membolehkan anda mengetahui laman web apakah yang dilayari atau cuba dilayari oleh anak-anak anda menggunakan telefon pintar mereka, selain turut membolehkan anda menghalang akses kepada beberapa jenis laman melaluinya.

Ibu bapa juga turut sama boleh melihat dengan siapa mereka menghantar dan menerima mesej berbentuk SMS mahupun MMS, serta ketahui apakah aplikasi yang dimuat-turun oleh anak-anak anda.

Untuk menggunakannya, para pengguna hanya memerlukan Android 2.2 dan terkini, dan bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Norton Safety Minder secara percuma daripada Android Market hari ini.


Komen ()