Temui Kami Di TechnoXChange 2012 Esok Dan Lusa Di PWTC

Temui Kami Di TechnoXChange 2012 Esok Dan Lusa Di PWTC

Diterbitkan pada Feb 9, 2012 oleh .

Sepanjang beberapa minggu lepas, mungkin semua sedar akan kami menulis berkaitan dengan NEF-Awani 2011. Dan kini, ianya telah pun menghampiri penamatnya, dimana selama dua hari seterusnya, iaitu Jumaat dan juga Sabtu ini, TechnoXChange bakal diadakan, menghimpunkan pelbagai syarikat IT tempatan di PWTC, memperlihatkan produk mereka, dan kami sebagai media atas-talian rasmi untuknya, turut sama berpeluang untuk membuka booth pada acara tersebut.

Memandangkan ianya merupakan pertama kali kami membuka booth sendiri dan menjadi rakan pameran pada acara tersebut, mungkin pelbagai perkara perlu dipelajari, dan mungkin akan mendapat lebih banyak cadangan daripada orang ramai melalui acara tersebut.

Jadi, bagi anda yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, mahupun yang singgah ke acara TechnoXChange PWTC esok dan lusa, jangan lupa katakan “Hai” kepada kami, sekiranya berkunjung ke sana.


TIPS & ULASAN