Apple Bakal Mengumumkan iPad 3 Pada Minggu Pertama Bulan Mac?

Apple Bakal Mengumumkan iPad 3 Pada Minggu Pertama Bulan Mac?

Diterbitkan pada Feb 9, 2012 oleh .

Dengan suku tahun pertama 2012 yang tinggal lebih kurang hanya sebulan lebih sahaja lagi, kini ia diperkatakan, Apple merancang suatu acara khas pada minggu pertama bulan Mac 2012 kelak, yang mana berkemungkinan besar adalah untuk pelancaran kemaskini tablet generasi baru daripada Apple, iaitu iPad 3.

Ia diperkatakan tarikh pasti untuk acara tersebut masih lagi tidak diketahui, dan info berkaitan dengannya masih tidak diketahui sepenuhnya. Jikalau mengikut ura-ura yang kedengaran sebelum-sebelum ini, ia diperkatakan kemaskini kepada keluarga iPad ini bakal membawakan sokongan cip pemprosesan yang lebih pantas, dan grafik yang dipertingkatkan, serta membawakan paparan Retina padanya.

Ia juga diperkatakan, berkemungkinan, tablet tersebut bakal mula dijual seminggu dua selepas pengumuman rasmi tersebut, membolehkan para pengguna mendapatkannya pada bulan yang sama juga.

Walaubagaimanapun, ia masih diperingkat spekulasi, tanpa sebarang komen rasmi daripada pihak Apple buat masa ini berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN