AtticTV – Saluran Muzik Video Berasaskan Internet Dilancarkan Dalam Bentuk Beta

AtticTV – Saluran Muzik Video Berasaskan Internet Dilancarkan Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Feb 10, 2012 oleh .

Dalam YouTube mahupun web-web penyedia perkhidmatan video yang lain, terdapat pelbagai video lagu-lagu yang dimuat-naik, mahupun oleh artis bebas, ataupun syarikat rakaman sendiri. Dan untuk memudahkan bagi para pengemar lagu mendengarnya dengan mudah, tanpa perlu melakukan pelbagai pilihan, salah satu syarikat tempatan, kini memperkenalkan AtticTV, menyatukan video daripada pelbagai perkhidmatan percuma sedia ada, termasuk YouTube.

Melalui AtticTV, para pengguna hanya perlu memilih genre lagu kegemaran mereka, seperti Pop, Rock dan sebagainya, dan ia akan memainkan lagu-lagu secara automatik dan rawak. Anda juga boleh menjemput rakan-rakan mendengar sekali lagu tersebut, mahupun bersembang dengan pengemar muzik yang lain melalui laman AtticTV.

Dari segi pendaftaran pula, ia menggunakan pendaftaran menggunakan akaun Facebook. Dan salah satu fungsi menarik yang disertakan padanya adalah kebolehan untuk memuat-turun lagu daripadanya. Namun, mungkin ianya hanya diaktifkan kepada beberapa lagu dengan kebenaran sahaja, dimana melalui ujian kami, kami tidak menjumpai lagu yang boleh dimuat-turun. Mungkin, ianya sesuai untuk penyanyi dan kumpulan bebas yang ingin mengedarkan lagu dengan lebih meluas.

Selain daripada itu, bagi pengemar muzik, anda juga boleh menggunakan platform tersebut dalam usaha untuk menemui lagu-lagu baru, dan melabelkannya sebagai Favourite untuk dirujuk pada kemudian hari.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta. Namun, dalam versi beta sendiri, ia mempertontonkan video dengan pantas, pada talian internet yang agak sederhana.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba laman AtticTV hari ini, dan berikan maklumbalas anda berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN