Office 15 merupakan salah satu perisian yang dinantikan daripada pihak Microsoft, dimana ramai menantikan apakah perkara baru yang bakal dibawakan olehnya, serta antaramuka baru padanya. Setelah lama menyepi tanpa sebarang kemaskini berkaitan dengan Office 15, kini melalui video ringkas berkaitan dengan Windows 8, Microsoft turut sama memperlihatkan aplikasi pejabat generasi baru daripada mereka itu.
Melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan paparan yang kemas, dan memfokuskan terus pada dokumen yang para pengguna sedang melakukan kerja mereka, dan pada masa yang sama, mungkin juga sesuai untuk digunakan pada tablet dan peranti sentuh yang lain.
Walaubagaimanapun, mungkin ianya hanya paparan awal, dan mungkin lebih banyak perubahan akan dilakukan oleh Microsoft sebelum Office 15 diumumkan secara rasmi oleh mereka.
Jadi, sementara itu, apakah pendapat anda berkaitan dengan rekabentuk antaramuka baru ini?