Muat-Turun Salinan The Pirate Bay Melalui Fail Hanya Bersaiz 90MB

Muat-Turun Salinan The Pirate Bay Melalui Fail Hanya Bersaiz 90MB

Diterbitkan pada Feb 10, 2012 oleh .

Laman penyedia torrent terbesar di dunia, The Pirate Bay, sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan penyediaan fail-fail berbentuk .torrent dan mengantikannya dengan pautan berbentuk magnet. Ini adalah salah satu usaha untuk memudahkan mereka beralih pelayan dan sebagainya, dimana kini mereka membuktikan penggunaannya lebih mudah dengan menyediakan kemudahan untuk memuat-turun semua pautan magnet dengan mudah melalui fail bersaiz hanya 90MB.

Pada masa yang sama, ia juga mengurangkan penggunaan jalur-lebar oleh Pirate Bay, memandangkan beberapa negara telah melarang penggunaannya dengan menghalang akses ke laman tersebut. Di Malaysia, laman tersebut telah dihalang aksesnya pada tahun lepas, tetapi masih boleh diatasi dengan penggunaan beberapa cara.

Dan sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sekiranya sebarang perkara seperti MegaUpload timpa The Pirate Bay, kini ia membolehkan semua pengguna memuat-turun pautan kepada fail-fail Magnet berjumlah 1,643,194 dalam fail bersaiz hanya 90MB sahaja.

Jadi, adakah anda akan memuat-turunnya sebagai simpanan peribadi kepada anda?

TIPS & ULASAN