Cari @ Amanz

Nampaknya, sekali lagi Google memperkenalkan kemaskini kepada bar utama pada laman dan perkhidmatan mereka, dimana hari ini, mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini Google bar mereka sekali lagi, membawakan gabungan kepada Google bar sebelum ini dengan bar berwarna hitam, sekaligus membawakan perubahan menarik pada bar mereka.

Pada masa yang sama, Google bar baru ini memfokuskan kepada laman sosial Google, selain turut menyertakan pelbagai akses pantas kepada produk-produk Google yang lain, berbeza dengan sebelum ini yang agak sukar kelihatan.

Menurut Google, rekabentuk baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula daripada beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd