Yes Dan Proton Bakal Mengumumkan Sesuatu Pada 22 Februari

Yes Dan Proton Bakal Mengumumkan Sesuatu Pada 22 Februari

Diterbitkan pada Feb 11, 2012 oleh .

Salah satu produk yang dinantikan daripada pihak Yes4G sehingga ke hari ini adalah telefon pintar Android daripada mereka. Walaupun status berkenaan dengannya masih tidak diketahui, kini Yes telah pun mula mempromosikan kerjasama baru mereka, iaitu antara Yes dan juga Proton. Maklumat berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Namun, daripada apa yang kelihatan, ia memperlihatkan sebuah kereta dengan mempunyai sebuah iPad pada bahagian hadapan, berdekatan dengan radio, serta pada bahagian belakang tempat duduk penumpang hadapan. Ia mungkin adalah salah satu cara promosi mereka untuk memperlihatkan para pengguna boleh melayari jalur-lebar berkelajuan pantas ketika bergerak.

Jadi, apakah yang bakal diumumkan oleh kedua-dua nama besar ini pada 22 Februari kelak?

Oleh: Fairuz Bakar


TIPS & ULASAN