Apple Menyaman Samsung Kerana Fungsi Autocorrect

Apple Menyaman Samsung Kerana Fungsi Autocorrect

Diterbitkan pada Feb 11, 2012 oleh .

Peperangan harta intelek antara Samsung dan Apple kembali panas hari ini apabila Apple memfailkan dua lagi aduan terhadap Samsung. Apple ingin menyaman Samsung kerana dikatakan meniru dua lagi paten milik Apple dan salah satunya berkaitan dengan fungsi autocorrect yang digunakan pada sistem operasi iOS. Apple memegang paten bernombor 8,074,172 iaitu “Kaedah, sistem, dan antaramuka pengguna grafik untuk menyediakan cadangan perkataan” yang diberikan kepada mereka oleh Jabatan Paten Amerika Syarikat pada Disember tahun lalu.

Kes terbaru ini unik kerana Apple menyaman Samsung atas dasar peniruan antara muka sistem operasi iOS dan bukan peniruan rekabentuk perkakasan seperti sebelum ini. Pemfailan dua kes terbaru ini bermakna Apple kini mempunyai 12 kes saman terhadap Samsung yang masih belum selesai. Nampaknya Apple benar-benar berusaha untuk memastikan pencabar utama mereka didalam pasaran peranti pintar dapat dihapuskan. Apple masih belum berpuas hati walaupun mereka kini memegang lebih dari 75% pasaran peranti pintar dunia.


TIPS & ULASAN