Cari @ Amanz

Matematik merupakan salah satu pelajaran yang mencabar dan menarik, dimana melaluinya pelbagai kaedah dan perkara baru boleh dipelajari, selain menjadi pemangkin kepada minda dan sebagainya. Namun, kadangkala beberapa rumusan dan masalah agak sukar untuk diselesaikan. Untuk mengatasi perkara ini, para pengguna mungkin boleh mencuba sebuah aplikasi berasaskan web dinamakan sebagai MathWay.

Melalui Mathway, ia menyediakan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah Matematik. Aplikasi ini merangkumi pelbagai topik berkaitan Matematik, daripada asas, algebra, trignometri, kalkulus, statistik dan beberapa perkara lain. Para pengguna hanya perlu memilih topik yang bersesuaian, dan seterusnya menaip masalah Matematik mereka pada ruangan yang disediakan, dan kaedah penyelesaian bersama-sama dengan jawapan akan diperlihatkan pada laman tersebut. Namun untuk melihat kaedah penyelesaian secara menyeluruh, para pengguna perlu mendaftar akaun dengan laman MathWay terlebih dahulu.

Selain daripada berasaskan web, para pengguna yang mempunyai peranti Android juga boleh memuat-turun aplikasi mereka secara percuma daripada Android Market, dan mula menggunakannya terus pada peranti Android anda dimana-mana sahaja anda berada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd