Cari @ Amanz

Setelah pembangunan pelayar web Chromium mencapai versi pembangunan 19, kini Chrome versi pembangunan juga sudah mencapai angka 19, membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu versi Chrome yang bakal diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.

Sama seperti pada versi Chromium, ia membawakan laman tetapan pelayar web yang diberikan nafas baru, sama seperti diuji beberapa minggu lepas. Ia juga didatangkan bersama-sama dengan enjin JavaScript V8 versi terkini. Beberapa kemaskini grafik juga dibawakan kepada beberapa kad grafik pada sistem operasi Windows.

Bagi mereka yang berminat, para pengguna boleh melanggan Google Chrome versi pembangun untuk Windows, Mac, dan Linux, dan mula menguji pelbagai perkara yang dibawakan bersama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd