Teknologi bergerak dengan amat pantas, dan begitu juga dengan pelbagai perkara yang menyokongnya, termasuk bahasa pengaturcaraan dan sebagainya. Hari ini, ia diketahui yang mana pihak komiti ECMA sedang membangunkan JavaScript generasi berikutnya, yang mana dikenali sebagai Harmony, dan bakal diperkenalkan secara rasmi pada penghujun tahun ini, sekaligus membawakan pelbagai kemaskini kepada bahasa pengaturcaraan tersebut.
Beberapa perkara baru akan didatangkan bersama-sama dengannya, yang mana bakal memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi mereka, selain menjadikan hasil mereka lebih fleksibel lagi. Salah satunya adalah penggunaan let
sebagai ganti kepada penggunaan tradisional var
.
Pembangun pelayar web seperti Mozilla dan juga Chrome telah pun memulakan integrasi tersebut pada versi pembangunan mereka, dan mungkin ianya akan digunakan dengan meluas tidak lama lagi. Jadi, sementara ia belum dikenalkan secara rasmi, pelajari pelbagai perkara asas berkaitan JavaScript melalui aplikasi pembelajaran seperti Codecademy.