Anugerah NEF-Awani 2011 Menyaksikan Lebih 15 Pemenang Diraikan

Anugerah NEF-Awani 2011 Menyaksikan Lebih 15 Pemenang Diraikan

Diterbitkan pada Feb 12, 2012 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan Anugerah NEF-Awani 2011, mungkin anda telah ketahui yang mana kemuncaknya telah diadakan pada malam semalam, menyaksikan pemenang daripada lebih daripada 15 kategori yang ditandingkan, dengan 25% daripada undian pengguna dan juga baki 75% daripada juri. Ia menyaksikan beberapa syarikat tempatan memenangi anugerah yang dipertandingkan, sekaligus membolehkan produk mereka dipasarkan dengan lebih meluas lagi.


Pemenang NEF-Awani 2011 [via]


Tun Mahathir – Dunia ICT akan terus berkembang [via]

Perisian Terbaik : Automated Spatial Survey Information System (Cube Global Sdn Bhd)
Cube Global merupakan salah satu syarikat baru dalam bidang ICT yang mana memfokuskan kepada pelbagai jenis pemetaan, dan salah satunya adalah pemetaan perhutanan. Info berkaitan dengan produk mereka yang memenangi kategori ini, Automated Spatial Survey Information System agak sukar didapati oleh pihak kami, dan mungkin ianya lebih diutamakan kepada organisasi dan bukannya pengguna umum.

Start Up Terbaik : BigBeak Pictures Sdn Bhd
BigBeak Pictures adalah salah satu syarikat animasi dan pembangun kandungan tempatan yang memfokuskan kepada video. Mereka juga memfokuskan kepada kategori kanak-kanak, dan cuba mengetengahkan konsep pendidikan dalam setiap video mereka. Hasil rancangan mereka, bersama-sama dengan aplikasi dan beberapa produk lain dijangka akan dilancarkan kepada umum pada pertengahan tahun kedua tahun ini.

Syarikat Paling Berinovasi : Nadi Ayu Technology Sdn Bhd
Nadi Ayu adalah salah satu pengedar peranti-peranti berkaitan dengan perkomputeran, disamping turut mengeluarkan komputer jenama mereka tersendiri. Mereka juga merupakan pengeluar komputer 1Malaysia dibawah jenama NatSys.

Anugerah Usahawan Mudah Teknopreneur : Khairul Firdaus (CouponHouz)
Mungkin ramai yang kenali akan salah satu penyedia kupon atas-talian tempatan, dinamakan sebagai CouponHouz. Baru-baru ini, mereka telah mendapat pelabur daripada pihak luar, dan menjenamakan semula produk mereka kepada CouponXcess.

Animasi / Permainan Terbaik : Ummi (Hud Hud Media)
Dunia animasi 3D tempatan terus mendapat perhatian ramai sepanjang tahun ini, dimana Ummi hasil daripada Hud Hud Media memenangi anugerah ini. Beberapa video hasil daripada mereka boleh dilayari pada halaman YouTube mereka.

Kandungan / Aplikasi Media Baru Terbaik : Universal Digital Library Sdn Bhd
Universal Digital Library, seperti pada namanya, memfokuskan kepada pengurusan perpustakaan maya, membolehkan para pengguna membuat carian, dan menemui buku yang dicari oleh mereka dengan pantas berbanding dengan carian biasa secara manual.

Aplikasi Mudah-Alih Terbaik : As-Sidiq dari iDotTV Sdn Bhd
As-Sidiq merupakan salah satu produk berkaitan dengan kewangan daripada iDotTV yang mana menawarkan kemudahan pengurusan kewangan mereka, mengikut syariah Islam, dan menggunakan SMS dalam penyampaiannya.

Selain daripada anugerah untuk menyokong industri tempatan, NEF-Awani 2011 juga menyaksikan Anugerah Pilihan Rakyat dengan pelbagai jenama besar bertanding padanya merebut gelaran tahunan ini. Berikut adalah pemenang bagi kategori pilihan rakyat:
Perbankan Atas-Talian Menarik : Maybank2U
e-Servis Pilihan : Mudah.my
Perkhidmatan e-Kerajaan Pilihan : MyEG
Portal atau Blog Hiburan Pilihan : YouTube
e-Komuniti Pilihan : Boboiboy (Halaman Facebook)
Syarikat Telekomunikasi Pilihan : Telekom Malaysia
Platform Rangkaian Sosial Pilihan : Facebook
Jenama Peranti ICT Pilihan : Apple

Selain daripada itu, Afzal Abdul Rahim daripada TIMEdotCOM pula memenangi Anugerah Khas Tun Dr Mahathir untuk tahun ini.


TIPS & ULASAN