Cari @ Amanz

FourSquare Membawakan Sokongan NFC Pada Aplikasi Android Terkini

Oleh Aman

Link Copied!

FourSquare merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan geolokasi, yang boleh diperkatakan masih memegang takhta walaupun dicabar oleh pelbagai perkhidmatan seumpamanya yang lain, termasuk Facebook Places. Terkini, mereka terus menambah fungsi baru pada perkhidmatan mereka, dan FourSquare untuk Android kini dilengkapi dengan sokongan NFC padanya.

Sokongan NFC membolehkan anda melakukan beberapa perkara dengan hanya menyentuh peranti pada pelekat dengan sokongan NFC, ataupun sebarang perkara dengan sokongan NFC. Ia masih kurang popular buat masa ini di Malaysia, namun dijangka akan mengantikan kod QR tidak lama lagi.

NFC pada Symbian telah pun diperkenalkan sejak daripada tahun lepas, dan kini peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich boleh mengambil peluang sokongan NFC pada peranti mereka, dan menggunakan FourSquare bersama dengannya. Bagi para pengguna FourSquare untuk Android, anda boleh memuat-turun aplikasi FourSquare versi baru daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


Komen ()