Sama seperti Google, Facebook juga sering menguji pelbagai perkara pada laman sosial terkemuka itu pada sesuatu ketika. Salah satu fungsi baru yang dilihat sedang diuji oleh Facebook pada masa sekarang ini adalah sokongan untuk menghantar dan menyumbang pelbagai info tambahan berkaitan dengan sesuatu halaman oleh para pengguna biasa.
Sehingga kini, Facebook hanya membolehkan para pengguna untuk menghubungi pemilik laman melalui Facebook Message dan sebagainya sekiranya ingin menghubungi pemilik laman tersebut untuk menambah info-info berkaitan dengannya.
Dengan sokongan ini, ia juga sekaligus membolehkan sesuatu laman Facebook itu memaparkan info yang lebih tepat, dan membolehkan pemilik laman Facebook tersebut untuk mengubah info-info pada sesuatu halaman itu dengan lebih tepat lagi mengikut cadangan komuniti.
Buat masa ini, sokongan ini dilihat hanya diuji pada Facebook Page sahaja, dan mungkin ia akan dilanjutkan kepada pelbagai perkara lain pada Facebook tidak lama lagi.
Terima kasih kepada @OmarMahdzan