(Video) Telefon Pintar Digunakan Sebagai Ganti Kepada Komputer Desktop

(Video) Telefon Pintar Digunakan Sebagai Ganti Kepada Komputer Desktop

Diterbitkan pada Feb 12, 2012 oleh .

Hari demi hari, telefon pintar semakin berkuasa berbanding dengan komputer sendiri, dengan hadirnya cip pemprosesan empat-teras dan sokongan grafik sebagainya. Dan kini, salah seorang pengguna memperlihatkan penggunaan telefon pintar Android, Galaxy Nexus sebagai komputer.

Untuk menggunakannya sebagai komputer, beliau hanya mengabungkannya dengan monitor melalui sebuah kabel, dan menghubungkannya bersama papan kekunci dengan sokongan Bluetooth.

Perkara ini juga dapat dijayakan dengan pelbagai peranti lain, dan mungkin pada suatu ketika nanti, para pengguna hanya perlu membawa telefon pintar mereka sahaja, sama seperti penggunaan tablet pada pejabat pada hari ini.

Mungkin dengan integrasi Windows Phone bersama-sama sistem operasi Windows desktop yang lebih mendalam, kita akan dapat melihat telefon pintar digunakan dengan lebih meluas dalam aktiviti pekerjaan harian mereka, dan digunakan sebagai ganti kepada desktop mereka.


TIPS & ULASAN