Selepas beberapa bank memperkenalkan sokongan sekuriti tambahan dalam bentuk gambar, kini bermula daripada minggu ini, Bank Islam juga turut sama menyertakan fungsi ini pada perkhidmatan perbankan atas talian mereka, membolehkan pengguna mereka mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam melindungi akaun mereka.
Melalui pilihan baru ini, para pengguna boleh memilih sebuah kata khas pilihan mereka, dan juga gambar khas untuk akaun mereka, yang mana kedua-duanya akan dipaparkan ketika mereka log masuk ke akaun Bank Islam melalui internet. Ianya merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah phishing yang semakin meluas, sekaligus mengurangkan masalah mereka yang tertipu.
Buat masa ini, beberapa perbankan atas talian telah pun menyertakan sokongan seumpama ini, termasuk BSN, Maybank dan juga CIMB, dan mungkin kita akan melihat ianya digunakan dengan lebih meluas oleh perkhidmatan perbankan atas-talian yang lain.
Tips daripada Omar.