Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, beberapa paparan gambar peranti Nokia N9 dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich diperlihatkan, dan kini sebuah video demo ringkas diperlihatkan, menunjukkan yang mana Android boleh dijalankan pada Nokia N9. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan dan mungkin akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.

Pembangunan Android untuk Nokia N9 masih lagi memerlukan melalui pelbagai fasa pembangunan sebelum ianya dilancarkan kepada umum. Ia boleh diperkatakan ia masih lagi pada peringkat pra-alpha buat masa ini.

Nokia N9 didatangkan dengan MeeGo, salah satu sistem operasi berasaskan Linux. Namun, dengan sokongan dwi-boot, ia membolehkan Android dijalankan pada peranti tersebut dengan lancar. Sebelum ini, peranti Nokia N900 juga turut sama mendapat sokongan yang sama daripada penyokong Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd