Rekabentuk Skrin Log Masuk GNOME 3 Yang Baru Diperlihatkan

Rekabentuk Skrin Log Masuk GNOME 3 Yang Baru Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 13, 2012 oleh .

Selain daripada Windows 8 yang serba sebanyak memfokuskan kepada skrin sentuh melalui rekabentuk antaramuka Metro, kini GNOME juga mula memfokuskannya, dimana melalui rekabentuk skrin kekunci yang baru, ia memperlihatkan rekabentuk antaramuka yang menarik, untuk pengguna skrin sentuh, dan juga desktop biasa.

Berbeza untuk pengguna desktop biasa, dengan menaip pada papan kekunci, ia akan menukar skrin kepada meminta para pengguna memasukkan kata laluan, sebelum ke desktop utama.

Untuk pengetahuan, ianya mengambil integrasi rekabentuk daripada beberapa sistem operasi terkemuka, dan serba sebanyak menyerupai webOS pada TouchPad serta seperti apa yang dibawakan pada Windows 8.

Jadi, bagi pendapat anda, bagaimanakah rekabentuk baru yang dibawakan pada GNOME 3 ini?


TIPS & ULASAN