Cari @ Amanz

Dengan pengenalan aplikasi web, dan juga Chrome WebStore, mungkin ramai pengguna pelayar web daripada Google itu memasang pelbagai aplikasi web padanya, dan untuk memudahkan anda mengakses segala aplikasi dengan pantas, sebuah aplikasi khas dibangunkan oleh pembangun ringkas dinamakan sebagai LaunchBoard.

Melaluinya, ia membawakan rekabentuk seumpama yang terdapat pada iOS untuk melihat senarai aplikasi anda, dimana para pengguna boleh menyusun sehingga 16 aplikasi pada satu halaman. Sama seperti pada iOS, ia memperlihatkan bilangan halaman aplikasi melalui sebuah titik dibahagian bawahnya.

LaunchBoard membolehkan para pengguna mengakses aplikasi dengan mudah, serta menyusunnya untuk akses pantas. Anda juga tidak lagi perlu menjadikan bar bahagian atas pada pelayar web anda penuh dengan ikon kecil aplikasi, ataupun ke halaman tab aplikasi untuk mengaksesnya.

Bagi mereka yang berminat, dan menggunakan Google Chrome, anda boleh memasang LaunchBoard pada pelayar web anda secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd