Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, Sony telah pun secara rasminya memperkenalkan peranti pertama mereka tanpa penjenamaan Ericsson pada 10 Januari yang lepas, iaitu Sony Xperia S. Dan kini, ianya kelihatan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, apabila pihak Sony Malaysia telah pun memulakan promosi peranti terbaru tersebut melalui laman Facebook mereka dengan mesej akan datang.

Melalui Sony Xperia S, ia menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, skrin seluas 4.3-inci, kamera belakang 12-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan juga menggunakan bateri berkapasiti 1750mAh padanya. Dari segi platform pula, ia menggunakan Android 2.3 Gingerbread, dan akan menerima kemaskini Ice Cream Sandwich beberapa bulan lagi.

Buat masa ini, harga jualannya dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Namun, mungkin lebih banyak informasi berkaitan dengannya akan kedengaran tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd