Cari @ Amanz

HTC Sense merupakan salah satu rekabentuk antaramuka untuk Android yang didatangkan bersama-sama dengan peranti Android. Untuk tahun ini, HTC bakal memperkenalkan HTC Sense 4.0 bersama-sama dengan beberapa peranti baru mereka, yang dijangka akan diperkenalkan pada acara Mobile World Congress kelak pada penghujung bulan ini. Namun, lebih awal daripada itu, beberapa paparannya sudah pun mula kelihatan hari ini.

Antaramuka ini dilaporkan, didapati melalui aplikasi ROM untuk Endeavor, yang mana memperlihatkan antaramuka HTC Sense 4.0 yang amat kemas dan dinantikan ramai. Kini, dengan paparannya sudah mula kelihatan, mungkin ramai yang menantikan peranti yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd