Cari @ Amanz

Samsung terus memperluaskan tawaran tablet mereka melalui keluarga Galaxy Tab, dimana selepas memperkenalkan Galaxy Tab 7 Plus sebagai kemaskini tambahan kepada Galaxy Tab generasi pertama, kini mereka memperkenalkan Galaxy Tab 2 (7.0) yang membawakan beberapa penambah-baikkan padanya. Sama seperti pada namanya, ia membawakan skrin sentuh seluas 7-inci, bersama-sama dengan beberapa penambahan padanya.

Galaxy Tab 2 ini juga turut sama menjadi tablet pertama daripada Samsung yang menggunakan Android 4.0, selain ditambah dengan sokongan kandungan multimedia yang lebih baik lagi.

Melalui Galaxy Tab 2, Samsung membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 1GB RAM, skrin PLS LCD 7-inci, kamera belakang 3-megapixel dan juga kamera VGA dibahagian hadapan. Ia turut didatangkan dengan pilihan variasi storan sebanyak 8GB, 16GB, dan juga 32GB padanya.

Tarikh pelancaran dan harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd