Lanjutan daripada pengumuman sebelum ini, kini Pirate Bay telah pun mengeluarkan kenyataan, yang mana mereka akan beralih sepenuhnya kepada pautan magnet mengantikan fail berbentuk torrent bermula daripada 29 Februari ini. Pada tarikh tersebut juga, fail-fail torrent yang mempunyai lebih daripada 10 orang seeders akan dipadamkan sepenuhnya.
Dengan penggunaan fail berbentuk magnet, Pirate Bay mampu menjimatkan kos operasi mereka dengan drastik, selain pada masa yang sama memudahkan mereka berpindah ke mana-mana pelayan di mana-mana negara dengan pantas.
Fail berbentu magnet hanyalah sebuah pautan ringkas yang membawakan pengguna kepada kandungan yang dikongsikan terus, dan tidak memerlukan Pirate Bay menyimpan sebarang fail pada laman atau pelayan mereka, seperti fail berbentuk torrent.
Walaubagaimanapun, bagi para pengguna, anda tidak perlu bimbang, kerana kebanyakkan aplikasi torrent telah sedia menyokong fail berbentuk magnet, dan ianya lebih pantas berbanding fail torrent.